Horizontal Menu Bar

Facebook Like

Teh Kacip Fatimah + Stevia

1 Peket ~ 20 uncang
Harga ~ RM 20.00
 

Maklumat Kacip Fatimah

Keterangan Kacip fatimah atau nama saintifiknya labisia pumila dari Famili Myrsinaceae adalah sejenis tumbuhan herba yang mempunyai batang berkayu. Ia biasanya tumbuh secara liar di hutan hujan tropika pada ketinggian lebih kurang 150 kaki dari aras laut. Tumbuhan ini membiak dengan 2 cara: melalui biji benih dan keratan akar (pecahan akar). 
 
Tumbuhan ini dapat tumbuh dengan sempurna dikawasan yang akan redup dengan tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi dan tidak menakung air. 3 jenis variasi yang biasa dijumpai di Malaysia ialah:Labisia pumila var. alata, L. pumila var. pumila dan L. pumila var. lanceolata.KegunaanKacip Fatimah begitu sinonim dengan wanita. Ia dikatakan dapat mempercepatkan proses kelahiran bayi disamping dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin. Selain dari itu ia juga dikatakan dapat membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan.
Kacip Fatimah juga dikatakan dapat merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita. Ia juga dapat mengurangkan sakit senggugut ketika haid.Sekarang banyak syarikat pengeluar herba mengkomersialkan tumbuhan ini dan dijadikan tonik selepas bersalin. Cara penggunaan untuk selepas/sebelum bersalin ialah dengan merebusnya (satu pokok termasuk daunnnya) kedalam seperiuk air (sebaik-baiknya periuk tanah) dan airnya diminum. 
Ia juga boleh digunakan untuk mengubat penyakit buasir (hemarroid/pile) dengan cara merebus akarnya yang telah dikeringkan. Ia juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit, sakit sendi (rheumatism), gonorhea dan walaupun tumbuhan ini mempunyai khasiat yang begitu tinggi, satu aspek yang sering dilupakan adalah tahap ketoksidan kandungan kimia di dalamnya. Kajian sedang dilakukan dengan terperinci untuk menentukan kesan sampingan dan akibat dari penggunaan produk dari bahan ini supaya dos yang sepatutnya boleh dicadangkan.
Khasiat Kacip Fatimah
  •  Mencegah pembiakkan sel prakanser
  • Memantapkan tisu yang memerlukan hormon estrogen
  • Mengukuhkan struktur tulang melalui penyerapan jisim tulang
  • Melewatkan proses penuaan.
  • Masalah keputihan
  • Masalah angin kerana ianya anti-flatulence iaitu membantu membuang angin berlebihan di dalam badan.
  • Melancarkan proses kelahiran bayi.
  • Mengembalikan kecergasan selepas bersalin.
  • Membantu dalam pengecutan rahim
  • Melangsingkan badan dengan membantu dalam menegangkan otot-otot.
  • Merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarakan perjalanan darah dan kitaran haid wanita sekaligus mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  • Mengurangkan simptom sakit buasir, penyakit sendi dengan membaikpulihkan peredaran darah sekaligus mengurangkan kesakitan di sendi dan otot.
  • Gonorrhea dan cirit birit.
  • Menyeimbangkan hormon dalam badan dan mengatasi masalah depresi selepas bersalin serta menambahkan tenaga dan kecergasan badan.. 15. Mengembalikan rambut yang sudah rosak.

Maklumat Stevia

Stevia merupakan 150 spesies herba daripada keluarga bungamatahari (Astereacea). Ia secara rasminya ditemui pada kurun ke-19 oleh Dr.Moises Santiago Bertoni. Beliau menamakannya sebagai Stevia RebuadianiBertoni sebagai pennghormatan kepada ahli kimia Paraguay. Ia merupakan tumbuhanyang berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika Selatan danAmerika Tengah. Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis adalah stevia dari spesies Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf atau sweet herb.

Ia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Untukmenanamnya, medium yang digunakan adalah dari jenis poros supaya tiada air yangakan bertakung selepas ia disiram. Daunya berbentuk bujur. Batangnya halus dannbergerutu. Dalam keadaan optimum Stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil warna putih.

Kegunaan Stevia

Kegunaan Stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Sejak itu ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah dibawa ke Asia. Walaubagaimanapun kajian terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada kurun ke-19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun Stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat.

Ia mula dikaji oleh seorang ahli botani Paraguay yang bernama Moises S.Bertoni yang kemudiannya menulius antara artikel-artikel awal mengenai Stevia pada awal kurun ke-19. Ciri yang paling unik mengenai Stevia ialah ia merupakan pemanis semulajadi yang tidak mengandungi kalori. Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia.

Kajian terhadap toksidnya,mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu Steviosid tidak toksid. Ia juga didapati tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan.
  • Khasiat Stevia
  • Mengimbangi kandungan gula dalam badan.
  • Menurunkan kadar gula yang terdapat di dalam darah sesuai untuk pesakit diabetes dan hypoglycemia.
  • Melawaskan pembuangan air kencing.
  • Meningkatkan kadar tenaga di dalam tubuh badan.
  • Melicinkan dan memutihkan kulit serta awet muda.
  • Membantu sistem penghadaman makanan.
  • Membantu mereka yang mengalami masalah insomnia.
  • Berupaya mengawal berat badan (Obesiti).
  • Mengurangkan masalah keradangan.

No comments:

Post a Comment