Horizontal Menu Bar

Facebook Like

Tentang Kami

Objektif  penubuhan Kedai Teh Herba Online adalah untuk membantu orang ramai khususnya rakyat Malaysia yang memerlukan rawatan herba yang murah tetapi berkesan melalui penyediaan teh. Kami sedaya upaya mengurangkan kos supaya dapat memberikan harga yang terbaik dan mampu dibeli oleh orang ramai yang memerlukan rawatan.

Produk - produk teh herba ini adalah diketegorikan sebagai minuman kesihatan kerana ianya adalah 100% herba tanpa bahan pengawet. Oleh kerana herba - herba ini dijadikan Allah penuh dengan khasiat dan manfaat yang sukar ditiru oleh para ilmuwan maka ianya secara tidak langsung memberikan manfaat kepada orang yang meminumnya. 

Cara pembungkusan teh edaran kami adalah dalam bentuk aluminium foil, ini adalah kerana cara ini lebih memudahkan urusan pos berbanding pembungkusan jenis kotak. Apa yang lebih pentiing manfaat dan khasiat herba itu sampai kepada anda dengan harga yang lebih murah tetapi berkesan.
 
Fikirkan sejenak

Sebagai contoh penyakit barah atau kanser telah diketahui beribu - ribu tahun dahulu tetapi mesin kemoterapi baru diciptakan selepas perang dunia kedua. Adakah Allah menurunkan penyakit kanser beribu - ribu tahun dulu  tetapi tidak menurunkan penawarnya...????

Cuba lihat hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud. " Tidak Allah turunkan sesuatu penyakit, melainkan Dia turunkan penawarnya " ( Shahih Bukhari no. 5678 ). Ini bermaksud penyakit kanser dan penawarnya telah diturunkan beribu - ribu tahun dahulu. Pastilah penawar itu Allah turunkan dan jadikan daripada alam semulajadi seperti tumbuh - tumbuhan. Adakh anda setuju dengan pendapat kami...???

.

No comments:

Post a Comment